Imej Tertiris Mengenai Intel Core i9-10900 DiPerlihat!!! – Bakal Tampil Dengan 10 Teras?

Bagi yang tidak tahu, Intel bakal memperkenalkan siri CPU yang terbaharu daripada mereka yang dikenali sebagai Comet Lake-S. Menariknya, terdapat maklumat tertiris mengenai sampel CPU yang dikatakan adalah salah satu yang bakal diperkenalkan iaitu Intel Core i9-10900 yang mana tampil dengan 10 teras fizikal!

Menurut imej tertiris dari XFastest, telah memperlihat beberapa keping gambar telah tertiris yang memperlihatkan CPU ini dan yang menariknya ia dikatakan mempunyai kelajuan asas 2.5GHz dengan TDP serendah 65W. Turut dikhabarkan bahawa ia bakal dipertingkatkan kepada 2.8Hz apabila ia telah dirasmikan kelak.

Laman sesawang itu juga turut memperlihatkan imej papan induk dengan soket LGA1200 yang bakal menyokong penyejuk CPU LGA1151.

Kesahihannya belum diketahui. Jadi sama-sama kita nantikan!!!

____________________

artikel berkaitan:

You might also like