Samsung Bakal Perkenalkan Galaxy A8s – Sokong Lensa Kamera Pada Skrin?!

- Iklan -

Di akhir perbentangan Galaxy A6s dan A9s di China, pihak Samsung turut berkongsi gambar acah bagi Galaxy A8s yang akan hadir dengan rekaan terbaru tidak lama lagi.

Kita sedia maklum sehingga kini syarikat gergasi Korea Selatan ini masih tidak mahu mengeluarkan peranti dengan rekaan takuk seperti kebanyakan pengeluar-pengeluar lain. Oleh itu, untuk model yang akan datang ini ia akan menggunakan paparan skrin penuh dengan lensa kamera pada bahagian atas.

Namun begitu, masih belum diketahui sama ada lensa tersebut akan diletakkan di tengah-tengah atau di sudut skrin yang juga berfungsi sebagai sensor proximity dan ambient light. Menerusi teknologi ini, Samsung boleh dikatakan telah berjaya membuang takuk pada skrin yang mana segelintir pengguna tidak menyukainya.

Sumber

You might also like