
Info Tertiris: Sony Xperia XA3 dan L3 Dijangka Umum Tahun Hadapan
Sony bakal mengeluarkan 2 model baharu iaitu Sony Xperia XA3 dan Sony Xperia L3 setelah kali terakhir mengeluarkan model telefon pintar ini iaitu pada awal tahun ini. Model-model tersebut adalah Xperia L2, Xperia XA2 dan Xperia XA2 Ultra.
Baca Juga:
- Reviu Eksklusif: Sony Xperia L2, Kamera Swafoto Sokong Mod 120° Super Wide Angle!
- Reviu Eksklusif: Sony Xperia L2, Model Kelas Pertengahan Dengan Penambahbaikan!
Bedasarkan info yang tertiris, Sony Xperia XA3 bakal mengunakan skrin FullView bersaiz 5.9 inci yang mempunyai resolusi 1080 x 2160 piksel.
Apa yang menarik, telefon ini mempunyai dua kamera di bahagian belakang dan pengimbas cap jari di letakkan di bahagian sisi telefon.
Dalam pada itu, telefon ini dijangka bakal menggunakan cip pemproses Snapdragon 660, Ram sehingga 6GB dan 64GB memori.
Bagi telefon pintar Xperia L3 pula, ia akan bersaiz lebih kecil iaitu dengan skrin bersaiz 5.7 inci dengan resolusi HD+ dan nisbah skrin 18:9. Telefon ini bakal hadir dengan dua kamera di bahagian belakang dan pengimbas jari di sisi telefon ini.
Dijangkakan, Sony Xperia XA3 dan Xperia L3 akan mengumumkan model-model ini ketika CES 2019 pada tahun hadapan.
Baca Juga:
- Reviu Eksklusif (Bah 2): Sony Xperia XA2 Ultra, Penambahbaikan Jauh Lebih Baik Berbanding Generasi Sebelumnya…
- Reviu Eksklusif (Bah 1): Sony Xperia XA2 Ultra, Swafoto Dwi Kamera Dengan Paparan Skrin Besar
- Sony Xperia XA2 Ultra – 7 Sebab Mengapa Anda Perlu Memilikinya…