Instagram Kini Perkenal Ciri Baru – Nametag

Media sosial perkongsian gambar ter­kenal, Instagram hari ini telah memperkenalkan ciri baharu, Name tag untuk semua yang mana ia akan memaparkan sebuah tanda nama khas untuk setiap akaun pengguna dan membolehkan rakan lain mengimbas sekaligus menambah akaun anda.

Ciri ini dilihat menarik selain ia turut memudahkan kenalan anda untuk menambah atau mengikuti akaun anda tanpa perlu melakukan carian seperti versi sebelum ini.

Untuk menggunakan ciri ini, anda hanya perlu klik padaq profil akaun anda, kemudiannya klik pada ikon tiga garisan yang terdapat pada penjuru atas di bahagian kanan. Pilih ‘Nametag’ dan kini anda boleh mengimbas dan nikmati ciri ini!

Baca juga :

You might also like