Kos Buat iPhone X Hanya RM1,730?

Sejak pengenalan iPhone X, ramai yang mempersoalkan harga jualannya. Mana tidaknya, ianya sebuah iPhone yang pertama dijual pada harga bermula $999 iaitu kira-kira RM4,188 sebuah. Malah, harga itu belum lagi termasuk cukai atau sebagainya jika ia dibawa masuk ke pasaran tempatan.

Antara sebab utama yang membuatkan harga iPhone X melambung tinggi adalah penggunaan skrin OLED dari Samsung. Samsung yang mengawal pengeluaran paparan berkenaan menjadikan Apple tiada pilihan lain selain menjualnya dengan harga yang mahal.

Sumber dalaman di China, Ichunt mendedahkan kos sebenar penghasilan iPhone X hanyalah sekitar RM1,730 sahaja. Kos ini adalah 60% lebih murah berbanding harga jualan yang disyorkan.

Panel OLED antara komponen yang termahal iaitu $80 (RM336), diikuti kerangka $53 (RM223), memori dari Toshiba $45 (RM189), cip pemproses $26 (RM109) dari TSMC, dan modem $18 (RM75) dari Qualcomm. Tidak ketinggalan, sensor 3D pada harga $25 (RM105) juga dikategorikan sebagai komponen mahal.

Perlu diingatkan ialah kesemua jumlah harga komponen ini tidak termasuk kos pembuatan dari segi pemasangan, logistik, penyelidikan dan pembangunan. Oleh itu, Iphone X akan mula dijual pada 3 November kelak di negara gelombang pertama. Malaysia pula mungkin berada di kelompok kedua yang menerima sekitar hujung November atau awal Disember.

You might also like