- Iklan -

GoPro Menghadapai Masalah Dengan Dron Karma, Jualan Dibekukan & Unit Dipanggil Semula

1GoPro telah membekukan jualan dan memanggil semula Dron Karma yang sebenarnya telah ditunggu-tunggu pengguna sejak sekian lama kerana nampaknya terdapat masalah teknikal yang menyebabkan peranti kehilangan kuasa semasa diterbangkan.

GoPro berkata bahawa kira-kira 2,500 dron Karma telah dipanggil semula dan pemilik Drone yang membeli unit tersebut bermula 23 Oktober, boleh mengembalikan dron mereka kepada GoPro atau mendapatkan penebusan semula wang dari pusat jualan di mana mereka membeli Karma.

GoPro berkata bahawa beberapa pesawat Karma mengalami masalah ketika penerbangan dengan secara tiba-tiba Karma menunjukkan penurun kuasa yang mendadak sehingga dron tersebut secara automatik mendarat ke tempat asal penerbangan.

“Sebilangan kecil pemilik Karma telah melaporkan insiden gangguan bekalan elektrik semasa beroperasi. Kami bertindak dengan cepat untuk menarik balik semua unit Karma dan memberikan bayaran balik sepenuhnya sementara kita menyiasat isu tersebut.” kata Ketua Pegawai Eksekutif GoPro Nicholas Woodman dalam satu kenyataan.

“Keselamatan adalah keutamaan kami”

You might also like