Gionee M7 Akan Hadir Dengan Skrin Penuh 25 September Depan?

 

Gionee mengesahkan 25 September depan adalah hari yang dipilih untuk memperkenalkan M7. Kenyataan dari syarikat China ini diumumkan melalui laman portal Weibo beberapa hari yang lepas.

Sementara itu, beberapa keping gambar yang melihatkan panel hadapan peranti ini mula tersebar di arena sesawang. Peranti induk ini dikhabarkan akan dilengkapi dengan skrin hampir penuh bersaiz 6 inci 2160 x 1080p bersama cip pemproses MediaTek Helio P30. Memori RAM sebesar 6GB serta storan seluas 64GB turut melengkapkan sistem janaan peratni ini. Konfigurasi kamera pula menempatkan sensor 16 Megapiksel dan 8 Megapiksel yang dioperasikan oleh Android 7.1.1 Nougat.

Selain itu, Gionee dikatakan akan mengumumkan M7 dalam beberapa varian termasuk model yang berkuasa. Dalam masa yang sama, Thailand antara pasaran Asia yang terawal akan menerimanya. Untuk Malaysia, kami belum lagi menerima ura-ura mengenai ketersediaannya.

You might also like