Celcom Tawar Internet Tanpa Had Dengan Celcom Xpax!!

1444
- Iklan -

Celcom Xpax mengikuti peningkatan permintaan tersebut dengan memperkenalkan pelan prabayar yang inovatif dan menawarkan pengguna pengalaman internet tanpa had yang sebenar dan panggilan tanpa had melalui rangkaian terluas 4G Celcom, dengan hanya serendah RM12 sahaja! 

Pas prabayar Tanpa Had Celcom Xpax membolehkan pelanggan mempunyai fleksibiliti dalam menyerlahkan dan merealisasikan kehendak digital yang unik secara atas talian. Pelanggan prabayar Celcom Xpax kini boleh menikmati kemudahan akses internet berkelajuan tinggi di mana dan bila-bila sahaja melalui aplikasi Celcom Life.

Pas internet mingguan tanpa had Celcom Xpax pada RM12, dan pas bulanan pada RM35, membolehkan pelanggan menikmati aktiviti internet yang digemari dengan kuota tanpa had dan kelajuan 3Mbps, serta panggilan tanpa had ke semua rangkaian. Sebagai tambahan, pelanggan prabayar Celcom Xpax juga akan menikmati data ‘Hotspot’ mingguan 1GB PERCUMA dan data ‘Hotspot’ bulanan 3GB PERCUMA!

Pas internet mingguan dan bulanan Tanpa Had Celcom Xpax yang baru ini turut didatangkan dengan ciri pembaharuan secara automatik, di mana pelan yang dilanggan akan diperbaharui setiap penghujung hari ketujuh bagi pas Mingguan atau hari ke-30 bagi pas Bulanan. Ciri ini bagi memastikan pelanggan prabayar Celcom Xpax kekal terhubung di mana sahaja mereka berada.

Ultra Hour Pass™ Celcom Xpax’s turut memberikan kelajuan tanpa had pada bila-bila masa yang diperlukan dengan hanya RM1 sejam, memacu kelajuan serta mengubah had kelajuan 3Mbps. Pelanggan hanya perlu log masuk ke aplikasi Celcom Life, dan memilih menu “Buy More”, diikuti dengan mana-mana pilihan Hourly Unlimited Internet.