
Kerjasama Shopee & CJ ENM Membawakan KCON, Festival Budaya Korea Terbesar Di Dunia, Ke Atas Talian Buat Pertama Kali
Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, bekerjasama dengan syarikat hiburan dan gaya hidup terkemuka di Asia, CJ ENM untuk membawa KCON, festival budaya Korea terbesar di dunia, ke atas talian buat pertama kali.

KCON ialah sebuah acara tahunan yang amat dinanti-nantikan untuk peminat Kpop di seluruh dunia, dan memasuki tahun kesembilannya membawa pengalaman peminat budaya Korea terunggul ke seluruh dunia termasuk AS, Jepun, dan Thailand. Ia akan berlangsung secara atas talian buat pertama kalinya di Asia Tenggara dan Taiwan, dengan Shopee sebagai rakan penstriman langsung rasmi untuk konsert KCON:TACT 2020 Summer.
KCON:TACT 2020 Summer akan menjadi kemuncak bagi Shopee Live Kpop Fest, yang akan bermula pada 10 Jun. Dilancarkan dengan kerjasama CJ ENM, festival ini bertujuan untuk memenuhi permintaan hiburan atas talian yang semakin meningkat ketika langkah penjarakan sosial dilaksanakan di rantau ini. Kumpulan Kpop popular juga akan membuat penampilan istimewa di Shopee Live, dan pada masa yang sama pengguna Shopee dapat menikmati penstriman dan cabaran bertemakan Kpop setiap hari.
Dari 10 hingga 26 Jun, peminat tegar Kpop dapat menyaksikan pelbagai penstriman langsung dan cabaran setiap hari di Shopee Live Kpop Fest, termasuk:
- Penampilan eksklusif oleh idola Kpop popular, WJSN dan Weki Meki di Shopee Live pada pukul 8 malam (GMT +8) masing-masing pada 10 dan 15 Jun. Pengguna dapat menikmati akses langsung kepada kumpulan-kumpulan tersebut dengan persembahan menarik, temu bual, permainan dan banyak lagi di setiap strim.
- Cabaran bertemakan Kpop setiap hari bagi peminat untuk menonjolkan pengetahuan mereka, mencipta semula penampilan Kpop ikonik, dan banyak lagi. Peminat terbaik dapat memenangi hadiah menarik seperti baucar dan barangan yang ditandatangani oleh idola kegemaran mereka.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, layari laman sesawang Shopee.

