Pesanan Teks Ini Akan Menggagalkan iPhone Anda

1Perhatian kepada pemilik iPhone, kini sudah muncul satu bug terbaru yang akan menghentikan segala operasi peranti anda dengan serta merta.

Berbeza dengan bug yang pernah kami kongsikan sebelum ini, bug yang menggunakan pesanan teks ini tidak memerlukan sebarang interaksi dari penerima dan ia akan menghentikan operasi smartphone dengan serta merta sebaik sahaja pesanan tersebut diterima.

Bug ini hanya aktif bagi iPhone dengan sistem operasi iOS 10.0 sehingga 10.2.1, ia menggunakan 3 susunan emoji untuk menggagalkan iPhone. Terdapat dua cara menghantar bug ini dan ia telah dijelaskan dengan terperinci oleh seorang YouTuber melalui videonya. Di dalam video yang sama juga anda boleh mendapatkan cara-cara untuk membaiki masalah ini dan mengelakkannya dari terjadi lagi.

You might also like