Reviu Eksklusif: Sony Xperia L2, Kamera Swafoto Sokong Mod 120° Super Wide Angle!

HARGA: RM999

Sony Xperia L2 merupakan model terbaru yang perlu diberi perhatian, kenapa? Salah satunya adalah penambahbaikan dari segi memori, di mana ia hadir dengan memori dan RAM yang lebih besar berbanding sebelumnya.

Malah penggambaran swafoto juga dipertingkatkan serta hadir dengan sokongan 120° Super Wide Angle. Kalau anda sudah habis baca reviu eksklusif bahagian 1 kami, tentu ingin tahu lebih mendalam keupayaan penggambaran Sony Xperia L2 ini bukan?! Okay, teruskan membaca…

 

:: KEUPAYAAN PENGGAMBARAN ::

Spesifikasi Kamera Utama
(Dari kiri) Mod Auto, Manual, Tetapan
  • 13 Megapiksel
  • 1/3.06″ Exmor RS
  • Aperture f/2.0
  • 3x Clear Image Zoom
  • ISO 3200

 

OUTDOOR

Ulasan > Kedua-dua gambar ini diambil pada waktu petang dan masih kelihatan baik, berjaya mengekalkan warna sebenar terutamanya pada pokok dan langit.

 

INDOOR

Ulasan > Gambar kebun mini ini kelihatan sedikit gelap mungkin disebabkan oleh pencahayaan dari luar, tetapi secara keseluruhannya kejituan warna masih mengekal dengan baik.

 

Ulasan > Walaupun pencahayaan agak terhad, keaslian serta kejituan warna berjaya dikekalkan.

 

MAKRO

Ulasan > Fokus titisan air di atas daun ini boleh dianggap baik kerana dapat dilihat dengan jelas, cuma secara keseluruhan gambar kelihatan sedikit kekuningan.

 

Ulasan > Warna yang dihasilkan oleh bunga kaktus ini masih asli, cuma sedikit kabur pada pasu bunga. Namun begitu, tidak berlaku sebarang penambahan warna.

 

Ulasan > Dengan pencahayaan lampu yang agak terhad, hasil gambar cupcake ini kelihatan memuaskan kerana keaslian gambar berjaya dikekalkan dengan baik.

 

Night Mode OFF/ON
MOD MALAM – OFF
MOD MALAM – ON

Ulasan > Dapat dilihat penggunaan mod malam sangat membantu apabila mengambil gambar di kawasan gelap. Masih jelas kelihatan kawasan persekitaran dengan bantuan lampu jalan.

 

Spesifikasi Kamera Depan
(Dari kiri) Sudut Normal, Sudut Luas, Tetapan
  • 8 Megapiksel (120° Super Wide Angle)
  • 1/4″ Exmor R
  • Aperture f/2.4
  • Fixed Focus
  • 120° Super Wide Angle

 

SWAFOTO

Ulasan > Gambar swafoto yang diambil menggunakan kamera 8 Megapiksel dan pencahayaan yang cukup ini menghasilkan gambar yang memuaskan.

 
Ulasan > Diambil dalam kawasan persekitaran yang gelap, gambar swafoto ini masih dapat dilihat tanpa berlaku sebarang penambahan warna padanya, hanya noise yang agak ketara pada gambar.

 

SWAFOTO SUDUT NORMAL VS SUDUT LUAS
8 Megapiksel (sudut normal)
8 Megapiksel (sudut luas)

 

KOMEN

Kemunculan Sony Xperia L2 bukanlah sebuah model yang paling berkuasa untuk kategori harga lebih kurang RM1,000 di pasaran. Sungguhpun begitu, spesifikasi yang disokong oleh Xperia L2 ini merupakan model peningkatan yang lebih baik berbanding generasi sebelum ini. Walaupun kamera utama masih dikekalkan pada 13 Megapiksel, tetapi kamera depan telah dipertingkatkan kepada 8 Megapiksel berbanding Sony Xperia L1 yang hanya menyokong 5 Megapiksel.

Keupayaan penggambaran pada model peningkatan kali ini agak memuaskan secara keseluruhannya, walaupun tidak boleh dipertandingkan dengan siri flagship Sony, namun dengan tawaran harga tidak lebih dari RM1000 ia boleh dikatakan berbaloi untuk dimiliki, terutamanya untuk peminat tegar Sony Xperia.

 

 

You might also like