
Warna Twilight buat masa ini menjadi fenomena di Malaysia semenjak Huawei memperkenalkan P20 Pro. Kami juga percaya ada di kalangan rakyat Malaysia mengenali nama Twilight lebih daripada nama peranti itu sendiri. Jika harga yang ditawarkan Huawei P20 Pro Twilight agak tinggi bagi mereka yang berkira-kira, kini Honor Malaysia mengumumkan Honor 10 akan dilancarkan ke pasaran tempatan tidak lama lagi.

Apa yang menarik pada peranti Honor kali ini, ia juga hadir dengan kemasan seakan Twilight, tapi percaya kepada kami ia lebih cantik dan lebih menawan. Honor juga antara pengeluar yang terawal mereka bentuk peranti dengan efek cermin seperti yang boleh kita lihat pada peranti Honor 9. Efek cermin juga bukan biasa-biasa, malah ia ada pantulan cahaya yang begitu teliti.
Buat masa ini, harga dan spesifikasi Honor 10 masih belum didedahkan oleh pihak Honor Malaysia. Bagaimanapun kita akan ketahuinya sebaik peranti dilancarkan kelak.

