
Sebanyak 16 unit telefon pintar OPPO F7 telah terjual setiap minit pada hari pertama penjualannya. Itu yang direkodkan oleh OPPO Malaysia pada 21 April yang lepas, menunjukkan rakyat Malaysia masih memberi kepercayaan kepada jenama besar ini. Pada hari itu juga, OPPO telah mengumumkan harga bagi OPPO F7 128GB. Tanda harga yang diletakkan ialah RM1,699 dengan pilihan warna Sunrise Red dan Diamond Black.
OPPO F7 128 boleh mula di pra-tempah bermula sekarang hingga 27 April 2018 di mana-mana kedai konsep OPPO, kedai online atau 800 wakil sah seluruh Malaysia. Melalui kerjasama yang dijalankan, OPPO turut berkolaberasi dengan Senheng dan SenQ menawarkan pra-tempahan OPPO F7 128GB dengan pelan ansuran bulanan.
Pelan ansuran yang ditawarkan adalah sangat rendah iaitu RM70.79 sebulan dengan 0% faedah selama 24 bulan. Pelanggan juga akan diberikan sebuah kotak hadiah serta jaminan tambahan selama setahun untuk peranti yang bermasalah.
Baca Juga >> Hands-on!! OPPO F7, Peranti Berskrin Penuh 6.23 Inci Dengan Nisbah 19:9
Pada masa sama, OPPO juga sedang menjalankan satu peraduan dimana meminta orang ramai untuk mengambil gambar swafoto dan berpeluang untuk memenangi sebuah telefon pintar berupa OPPO F7. Sesiapa yang berminat boleh ikuti tiga langkah dibawah iaitu:
- Pilih duta kegemaran (Neelofa atau Hebe Tien) sebagai bingkai pada gambar atau tanpa duta untuk memulakan
- Muat naik gambar swafoto bersama atau tidak dengan Neeloofa atau Hebe ke Facebook
- Tunggu sehingga keputusan diumumkan pada 4 Mei 2018.
Unboxing! OPPO F7!