
HARGA JUALAN : (4GB) RM1,399 /
(6GB) RM1,699
OPPO Malaysia baru-baru ini telah melancarkan telefon pintar selfie terbaru yang diberi nama OPPO F7. Jika anda masih ingat, sebelum ini OPPO juga pernah memperkenalkan model F5 di pasaran yang merupakan model pertama hadir dengan paparan skrin hampir penuh. Sepertimana model sebelum ini, OPPO F7 menampilkan paparan skrin berukuran 6.23 inci dengan nisbah 19:9.
Baca Juga:
- Reviu Eksklusif: OPPO F5, Apa Yang Menarik?
- Reviu Eksklusif: OPPO F5, Peranti Berskrin 18:9 + Kamera Selfie 20MP AI
PAKEJ PEMBELIAN
PERBEZAAN SPESIFIKASI
FIZIKAL
01 Paparan Skrin
Sebelum ini OPPO F5 menggunakan skrin bersaiz 6.0 inci dengan paparan nisbah 18:9 beresolusi 1080 x 2160 piksel, kini tampil lebih menarik kerana OPPO F7 telah menawarkan paparan skrin yang lebih besar iaitu berukuran 6.23 inci bersama nisbah 19:9.
Malah resolusinya juga telah dipertingkatkan kepada 2280 x 1080 piksel yang sesuai untuk digunakan semasa menonton video dan juga bermain permainan mudah alih.
02 Butang Kawalan
Sisi kanan OPPO F7 masih sama seperti OPPO F5 di mana telah menempatkan butang kawalan fizikal, iaitu butang kuasa yang bertindak sebagai butang Lock/Unlock serta slot dua kad SIM dan kad tambahan microSD berpenutup.
Manakala sisi kiri pula kelihatan agak ringkas, hanya menyediakan butang melaras suara sahaja.
03 Slot Kad SIM & microSD
Penyediaan dua slot kad SIM dan juga kad microSD terletak pada sisi kanan telefon pintar ini yang mana menyokong kad SIM jenis nano SIM pada kedua-duanya.
Berbeza dengan model sebelum ini yang menyediakan slot kad jenis hibrid, tetapi pada OPPO F7 tiada masalah untuk anda menggunakan kad microSD dengan sokongan sehingga 256GB, hanya perlu memasukkannya pada slot kad yang disediakan.
04 Kamera Swafoto
Menawarkan kamera swafoto yang telah dipertingkatkan berbanding OPPO F5, telefon pintar ini menggunakan sensor 25 Megapiksel dengan sokongan AI Beauty 2.0 yang nampaknya semakin menjadi tren hari ini.
Bersebelahan dengan kamera hadapan juga kelihatan sebuah earpiece.
05 Panel Belakang
Panel belakang yang diperbuat daripada logam ini kelihatan lebih ringkas rekaannya kerana ia hanya menempatkan satu lensa utama beresolusi 16 Megapiksel yang sedikit timbul dan juga LED flash. Di bawahnya juga kelihatan pengimbas cap jari serta tulisan OPPO.
Apa yang menariknya panel belakang OPPO F7 berwarna Diamond Black ini, ia hadir dengan corak yang pastinya mampu memukau sesiapa sahaja.
06 Port & Speaker
Pada bahagian atas OPPO F7 kelihatan agak kosong kerana hanya menyediakan lubang mikrofon sahaja.
Manakala di bahagian bawah pula telah digunakan secara optimum, menempatkan sebuah speaker, port USB2.0 yang berada di tengah, mikrofon serta sebuah port 3.5mm audio jack.
ULASAN…
Nampaknya seperti menjadi trend buat pengeluar hari ini yang menampilkan skrin penuh dengan paparan ‘rongak’, dan OPPO juga tidak mahu ketinggalan dengan memperkenalkan peranti terbarunya – OPPO F7.
Walaupun ini bukanlah telefon pintar pertama OPPO yang hadir dengan skrin hampir penuh, tetapi kali ini ia menawarkan paparan lebih besar dengan nisbah 19:9 serta nisbah skrin-ke-kerangka sehingga 88%.
Walaupun hanya menampilkan ketebalan 7.8mm sahaja, tetapi kerangka dan bezel peranti ini kelihatan sedikit tebal jika dibandingkan dengan vivo V9.
Berminat, boleh beli di pautan bawah:
Unboxing! OPPO F7!




