Honor 10 Akan Buat Penampilan Pertama Di London Tidak Lama Lagi

Akhir-akhir ini khabar angin mengatakan Honor akan melancarkan sebuah telefon kelas induk nampaknya benar-benar akan berlaku. Jadi, dengan kongsian imej acah daripada pihak Honor hari ini, Honor 10 akan dilancarkan di kota London pada 15 Mei depan.

Bersama-sama itu, Honor Malaysia hari ini mengajak para peminatnya untuk sertai pertandingan yang mana pemenang bertuah akan diterbangkan ke London untuk menyaksikan acara pelancaran peranti tersebut. Caranya mudah sahaja dengan mengikuti langkah-langkah dibawah:

  1. Ambil gambar paling kreatif bersama peranti honor dengan kapsyen “My greatest memory with honor is…” dan sertakan #NewHonorMay15.
  2. Pastikan akaun Facebook disetkan ‘Public’ serta ‘Like’ halaman Facebook Honor Malaysia.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut,mengenai peraduan, anda boleh layari Facebook Honor Malaysia.

You might also like