Peranti Edisi Istimewa Final Fantasy XV Dari Sony

Kira-kira lebih sedekad mengikuti perkembangan Final Fantasy XV yang ada pasang surutnya dalam isu pembangunan, akhirnya permainan yang dinanti-nantikan itu telah tiba. Bagi peminat tegar, tidak cukup hanya memiliki permainan tersebut, mestilah ada sekali peranti edisi istimewa Final Fantasy XV, barulah lengkap.

Oleh itu, Sony memperkenalkan tiga peranti edisi khas Final Fantasy XV yang pastinya akan menjadi koleksi peribadi yang berharga bagi peminat Final Fantasy. Sony melancarkan Walkman A-Series Final Fantasy XV Edition di Jepan pada harga 33,880 yen (RM 1,346.16). Ia mempunyai kapasiti memori dalaman 16GB dan menyokong Hi-Res Audio dan mempunyai hasil seni Final Fantasy XV berkonsepkan piksel pada bahagian belakang peranti.

1

Selain dari peranti Walkman, Sony juga memperkenalkan hear.on MDR-100A headphones yang dijual pada harga 24,380 yen (RM 968.7) dan hear.go SRS-HG1 Bluetooth speaker, berharga 29,380 yen (RM 1,167.36).

2

3

Kesemua produk ini sudah mula dijual di laman web Sony Japan.

You might also like