
YTL Communication telah melaksanakan ujian beta bagi Terragraph yang merupakan teknologi internet terbaharu. Ujian telah dilakukan di Pulau Pinang. Dikhabarkan ia setanding dengan fiber optik. Produk ini telah diketengahkan oleh Facebook.
Malaysia merupakan negara pertama di asia dan kedua di dunia yang mencuba teknologi ini. Ekoran penggunaan node-node yang bersaiz router Wi-Fi di kediaman anda yang dipasang pada peralatan di jalanan seperti lampu jalan. Justeru ia memudahkan sedikit penyedia internet kerana tidak perlu menggerudi atau menggali bagi melakukan pemasangan kabel optik yang sekaligus menjimatkan kos.

Untuk pengetahuan, node yang dipasang akan mewujudkan jaringan mesh yang bermandiri. Hal ini berlaku dengan cara menentukan laluan data paling optimum melaluinya. Ia sekaligus menghasilkan infrastruktur yang lebih jitu berbanding gentian fiber dan LTE.
Hasil dapatan ujian kelajuan, Terragraph mencatat kelajuan muat naik dan turun melangkaui 1Gbps pada kelajuan ping kurang daripada 30ms.
Bagi masyarakat yang berada di dalam kawasan liputan, anda boleh menggunakannya bermula dari 1 mac sehingga 6 bulan yang akan datang dan ia adalah percuma. Para peniaga juga turut boleh memohon YTL memasang node di premis anda.
__________________________
Baca juga:
- Filem Pendek Apple Sempena Tahun Baru Cina – Dari iPhone XS
- Apple Lantik Bekas Eksekutif Samsung SDI, Soonho Ahn
- Kemas Kini Apple iOS 12.1.3 –Penambahbaikan Pepijat Pada iPhone & iPad
- Samsung Galaxy Tab A 10.1 (2019) Bakal Dijual Pada Harga Bermula…
- Paten Skrin Boleh Gulung Dianugerah Kepada Apple Bagi Skrin Apple Watch

