
ASUS ZenFone 4 Dan ZenFone 4 Max Pula Muncul?

Jika ASUS Zenfone 4 Selfie dan ZenFone 4 Selfie Pro mengutamakan penggambaran kamera depan, dalam artikel ini pula, ZenFone 4 dan ZenFone 4 Max adalah dua model yang berbeza, satunya ialah model flagship dan satu lagi berada di kelas pertengahan.


Dikhabarkan ZenFone 4 (ZE554KL) bermula dengan skrin paparan 5.5 inci 1080p (IPS atau AMOLED) 2.5D melengkung Gorilla Glass. Kerangka badan yang menggunakan logam sepenuhnya akan dimuatkan dengan dwi kamera belakang 12MP dan 8MP diikuti kamera swafoto 8MP.


Didalam kerangka tersebut pula akan hadir RAM sebanyak 4GB dan ruang storan 64GB, dimana ia menyokong kad microSD dan kad SIM nano tambahan. Malangnya, model flagship ASUS pada kali ini hanya menggunakan set cip Qualcomm Snapdragon 630 sahaja, menjadikan ia tertinggal jauh dibelakang Xiaomi Mi 6.
Beralih kepada versi Max pula, ASUS ZenFone 4 Max (ZC554KL) yang diperkenalkan pada Julai lalu akan dijenamakan semula sebagai ZenFone 4 Max “Plus”. Selain itu, untuk yang bukan versi Plus, ZenFone Max (ZC520KL) mempunyai skrin yang lebih kecil 5.2 inci berbanding 5.5 inci.



Model yang kecil ini akan dikuasakan cip pemproses Snapdragon 425 (lama) dengan kapasiti bateri yang lebih rendah iaitu 4,100mAh (daripada 5,000mAh). Bagaimanapun, konfigurasi kamera masih dikekalkan dengan 13MP dan 5MP di belakang, dan 8MP di depan.
Kemungkinan Zenfone 4 akan diletakkan tanda harga Euro500 (kira-kira RM2,528) dan ZenFone Max Euro230 (RM1,163).

