U Mobile selaku telco rangkaian mudah alih terpantas di negara ini telah menambah baik pelan pascabayar popularnya yang telah diperkenalkan pada tahun lalu iaitu Hero, dengan kemunculan pelan talian keahlian taulan iaitu Pelan Pascabayar Hero Plus. Melalui pelan terbaru ini, pelanggan U Mobile berupaya menikmati penjimatan yang lebih banyak serta nilai yang lebih tinggi. Kini pelanggan pascabayar Hero hanya perlu membayar RM50 bagi mendapatkan satu lagi talian keahlian Hero Plus untuk menikmati panggilan tanpa had ke semua rangkaian dan berkongsi 10GB data Internet.
Berbanding dengan telco lain di pasaran, Pelan Pascabayar Hero Plus daripada U Mobile ini ternyata lebih menjimatkan kerana harga untuk dua talian ternyata lebih murah dan dalam masa yang menawarkan kuota data Internet yang lebih besar mencecah 10GB dengan keupayaan perkongsian di antara pelanggan utama dan juga taulan. Bagi pelanggan yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut maklumat berkaitan Pelan Pascabayar Hero Plus, sila layari laman sesawang www.u.com.my/postpaid/hero-plus.

