
Maybank telah menawarkan kemas kini terbaru yang menyokong fungsi bayaran melalui kod QR (Quick Response). Dikenali sebagai Maybank QRPay, ia ditawarkan pada dua platform telefon pintar, Android dan juga iOS.
Melalui fungsi ini, pengguna dapat melakukan transaksi tanpa tunai di kedai-kedai terpilih yang mempunyai sokongan kemudahan tersebut. Cara pembayaran juga mudah, hanya perlu mengimbas kod QR yang disediakan dan pembayaran akan dicas terus melalui akaun Maybank anda.
Buat masa sekarang, masih belum diumumkan lagi tentang kedai mana yang akan menawarkan sistem ini. Difahamkan ia akan dilancarkan pada awal 2018 nanti.

