
Selain model Meizu M6 Note, Meizu Malaysia juga telah membawa masuk sebuah lagi model kelas pertengahan dengan harga yang lebih murah iaitu M6.
Meizu M6 didatangkan dengan skrin paparan lebih kecil bersaiz 5.2 inci 720p yang dikuasakan oleh pemproses lapan teras 1.5GHz, memori RAM 3GB dan storan sebesar 32GB. Selain perkakasan, kamera depan beresolusi 8 Megapiksel dengan sokongan aperture f/2.0 untuk swafoto yang menarik, manakala kamera utama pula 13 Megapiksel aperture f/2.2.
Dioperasikan oleh Android 7.0 Nougat yang menyokong antaramuka Flyme 6.0 untuk prestasi yang lancar, ia turut dibekalkan bateri berkapasiti 3070mAh. Meizu M6 berharga RM599 dan akan dijual tidak lama lagi.
Selain itu, Meizu Malaysia juga telah menurunkan harga Meizu Pro 7 yang kini berharga RM1,499 (RM1,899), sementara Pro 7 Plus pula berharga RM2,399 (RM2,799).

