Meizu M6 Note Dilancarkan Secara Rasmi – Berharga RM899

Bertempat Walnut Cafe, Meizu Malaysia telah membawa masuk model terbarunya di pasaran tempatan iaitu M6 Note. Dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 625 dan GPU Adreno 506, ia adalah model pertama keluaran Meizu yang menggunakan pemproses yang jimat tenaga ini. Selain itu, ia juga menampilkan paparan skrin 5.5 inci HD penuh dan pengimbas cap jari yang juga berfungsi sebagai butang Home.

Kelengkapan dwi kamera yang menjadi trend hari ini juga disediakan pada M6 Note yang menerima sensor 12 Megapiksel Sony IMX362 dengan aperture f/1.9 dan kamera sekunder 5 Megapiksel Samsung 2L7 untuk efek bokeh. Penggambaran di dalam cahaya terhad turut dibantu oleh 4-LED flash. Manakala kamera depan pula dilengkapi sensor 16 Megapiksel bersama aperture f/2.0.

Meizu M6 Note telah dioperasikan oleh Android 7.0 Nougat dan menggunakan antaramuka Flyme 6.0 melalui bateri 4,000mAh. Lebih menarik, telefon pintar ini juga menyokong pengecasan pantas 18W mCharge.

Buat masa sekarang, Meizu M6 Note hanya menawarkan varian RAM 3GB/32GB dan dijual pada harga RM899. Manakala varian 4GB/64GB pula akan dibawa masuk tidak lama lagi. Peranti ini juga menyediakan pilihan warna seperti Moonlight Silver, Champagne Gold, Blue dan juga Obsidian Black.Meizu M6 Note akan dijual di kedai-kedai jenama Meizu dan juga rakan e-dagang seperti Lazada dan Shopee.

You might also like