Tip! Tidak Ada Masalah Hantar Gambar Beresolusi Tinggi Melalui WhatsApp

WhatsApp selain digunakan sebagai medium komunikasi peribadi, kebanyakan daripada pengguna tempatan lebih gemar membuat urusan jual beli menggunakan aplikasi ini kerana ianya lebih mudah.

Ada juga di antara kita yang menggunakan aplikasi WhatsApp untuk menghantar gambar, tetapi sedikit mengecewakan kerana resolusinya menjadi kecil supaya dapat dihantar dengan pantas dan menyebabkan kualitinya berkurangan.

Terbaru, WhatsApp memperkenalkan sokongan penghantaran fail dengan saiz maksimum 100MB kepada pengguna lain. Namun, masih ada sesetengah daripada anda yang tidak tahu bagaimana menghantar foto berkualiti tinggi melalui aplikasi tersebut.

Jadi, kami sediakan tip mudah ini khas untuk anda semua…

 

Langkah 1

  • Muat turun aplikasi WhatsApp pada telefon pintar.
  • Setelah selesai muat turun, buka aplikasi WhatsApp dan tekan butang Klip.

 

Langkah 2

  • Kemudian pilih Document.
  • Senarai fail dan gambar akan dipaparkan, sebaiknya anda namakan dahulu gambar yang ingin dihantar supaya mudah dikenalpasti.
    (P/S: Sekiranya gambar yang ingin dihantar tiada, anda boleh pilih Browse other docs)

 

Langkah 3

  • Pilih gambar yang terdapat di galeri mahupun kad memori.
  • Oleh kerana saiznya yang besar, paparan hanya menunjukkan jenis format sahaja dan bukannya thumbnail seperti yang selalu dilihat.

 

Langkah 4

  • Anda boleh melihat gambar yang dihantar ini masih mengekalkan resolusi sebenar.

 

RUMUSAN…

Penghantaran gambar beresolusi tinggi sememangnya penting bagi mereka yang menggunakan aplikasi WhatsApp untuk urusan jual beli, kerana memerlukan mereka menghantar gambar yang beresolusi tinggi. Bukan sahaja peniaga, malah pereka grafik, arkitek dan beberapa lagi juga memerlukan mereka menghantar gambar dengan resolusi besar kepada pelanggan.

Dengan adanya kemas kini terbaru dari WhatsApp ini, anda tidak perlu merungut lagi gambar yang dihantar tidak jelas. Selain mengekalkan resolusi gambar sebenar, ianya juga mudah dan cepat.

 

Pesanan eRing!

Berjaga-jaga semasa membuat sebarang penghantaran fail, kerana ia juga menyebabkan fail merbahaya turut boleh dikongsi melalui WhatsApp. Jadi berhati-hati apabila mendapat mesej yang meragukan, jangan klik atau muat turun fail yang tidak diketahui atau dari mereka yang tidak dikenali.

 

 

You might also like