
HONOR terus mengorak langkah apabila kini telah memperkenalkan peranti terbaharunya yang dikenali sebagai HONOR 9A yang mana ia dijual pada harga bermula RM549.

Peranti ini tampil dengan skrin yang sangat baik iaitu 6.3″ Dew Drop Display yang memberikan tontonan terbaik kepada penonton.
Dihadirkan dengan pemproses yang berkuasa bagi kelasnya iaitu MediaTek Helio P22 dan dipadankan dengan RAM sebesar 3GB dan storan 64GB.

Dari aspek kamera pula, ia dihadirkan dengan 13MP + 5MP + 2MP bagi kamera belakang. Manakala bagi kamera hadapan pula ia disertakan dengan 8MP.
Tampil dengan 2 varian warna iaitu Midnight Black dan Ice Green.
Peranti ini mula dijual pada 26 Jun ini melalui Shopee dan Lazada. Ia bakal hadir melalui kedai fizikal bermula 6 Julai.

