HUAWEI MediaPad M5 Lite Kini Rasmi – Dijual Pada Harga RM1299

Ketika pelancaran HUAWEI Nova 5T tadi, 1 lagi peranti turut diperkenalkan iaitu HUAWEI MediaPad M5 Lite yang dijual pada harga RM1299.

Menariknya Pra-tempahan boleh dilakukan bermula dari 29 Ogos hingga 5 September 2019. Anda bakal menerima hadiah eksklusif iaitu HUAWEI CM510 mini speaker x 1 dan HUAWEI M Pen bernilai RM268.

Tampil dengan 10.1″ dan disertakan dengan Full HD IPS (1920 x 1200 piksel) pastinya memaparkan kualiti paparan yang baik.

Peranti ini dikuasakan oleh pemproses Octa-core yang sangat berkuasa yang mampu melaksanakan kerja dengan sangat lancar.

HUAWEI MediaPad M5 Lite ini turut dihadirkan dengan bateri yang sangat besar iaitu 7500mAh dan dipadankan dengan HUAWEI QuickCharge.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, layari laman sesawang HUAWEI  atau facebook rasmi HUAWEI.

BERMINAT PRODUK HUAWEI, BOLEH BELI DI PAUTAN BERIKUT:

______________________

Artikel Berkaitan:
You might also like