Pelancaran Leagoo T1 Plus, Pencabar Raja Kamera Selfie

1Ramai yang pasti setuju bahawa OPPO F1 Plus adalah raja smartphone untuk selfie ketika ini, namun hari ini, Leagoo telah memperkenalkan peranti mereka untuk mencabar kedudukan tersebut.

Fokus Pada Kamera Selfie

2

3
Aplikasi Leagoo Beauty

 

Dari segi spesifikasi, ternyata Leagoo meletakkan sepenuh fokus kepada kemampuan kamera hadapan. Lensa 13 megapiksel dari Sony dilengkapkan pada smartphone ini bagi membolehkan anda mendapatkan imej selfie dengan kualiti terbaik. Di samping itu, Leagoo juga melengkapkan T1 Plus dengan aplikasi Leagoo Beauty untuk anda menala imej sehingga anda tampak flawless di dalam gambar. Tarikan terbesar pada smartphone ini adalah pada harganya, OPPO F1 Plus dijual pada harga runcit RM 1,898, manakala T1 Plus pada harga yang jauh lebih murah, RM 699.

 

Spesfikasi T1 Plus

spec

6

 

Di samping melancarkan model T1 Plus, Leagoo juga telah memperkenalkan ibu pejabat terbaru mereka yang beroperasi di Shah Alam. Pejabat ini menjadi pusat setempat di mana segala operasi dalaman Leagoo akan dijalankan di sini, pengguna juga boleh membeli peranti Leagoo dari pusat jualan yang terletak di tingkat bawah dan terakhir sekali adalah mendapatkan servis baik pulih di pejabat ini.

 

You might also like