
ASUS mempelawa rakyat Malaysia untuk menyumbang idea plot lucu dan menghiburkan yang akan diambil untuk menghasilkan satu siri iklan video menonjolkan peranti terbaru ASUS ZenFone 3.
Pertandingan “Directed By You” adalah kempen pertama yang dilancarkan pengeluar smartphone bagi menghasilkan video iklan berasaskan sumber crowdsource. Kempen ini telah diilhamkan dari iklan ZenFone 3, Alien and Dinosaur, yang telah dicipta setelah mengambil respon dan idea dari penduduk New York.
Untuk menyertai pertandingan “Directed By You”, anda perlu menghantar idea jalan cerita kepada ASUS. Idea tersebut mestilah berasaskan tema yang telah ditetapkan pada minggu tersebut, tema yang terbabit adalah fotografi, hiburan dan juga gaming.
Berminat? Sertai pertandingan Directed By You sekarang!
Tema Minggu 1: Fotografi Tema Minggu 2: Hiburan Tema Minggu 3: Gaming
Hadiah
Setiap hari, seorang pemenang akan dipilih untuk menerima sebuah ZenFone 3.