Kebolehan Tersembunyi Google Pixel

1Masih ingat Dot View Case? HTC dipuji oleh ramai pengguna kerana menghasilkan casing tersebut yang cool dan bergaya. Tahukah anda casing tersebut sebenarnya bertindak balas dengan magnet di dalam smartphone HTC bagi membolehkan skrin aktif atau dipadamkan setiap kali casing ini dibuka dan tutup.

2Penemuan terbaru yang disedari pemilik Google Pixel mungkin sahaja memberi petunjuk aksesori seumpama Dot View Case akan dihasilkan pada masa akan datang. Menurut beberapa pemilik Google Pixel, smartphone tersebut memberikan tindak balas kepada magnet dengan memadam dan mengaktifkan skrin apabila magnet didekatkan pada logo “G” di bahagian belakang peranti.

Jika betul khabar angin casing ala-ala Dot View akan dihasilkan untuk Google Pixel, memang kami rasakan model ini akan bertambah cool dan bergaya.

You might also like