CES 2017: Robot Pintar LG Berkelas Industri

2LG melangkah satu tapak lagi ke hadapan di dalam industri peranti pintar dengan memperkenalkan barisan robot pintar di CES 2017, Las Vegas. Beberapa hari lalu kami ada kongsikan berita mengenaui Hub Robot di mana ia boleh berhubung dengan peranti pintar lain di rumah dan menggunakan teknologi pengecaman suara Amazon Alexa untuk menyelesaikan tugas-tugas seperti menghidupkan penghawa dingin atau mengawal peranti pintar lain dengan hanya arahan lisan.

Kali in LG memperkenalkan pula sebuah robot berkelas industri. Airport Guide Robot akan digunakan tidak lama lagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon Korea sebagai pembantu maklumat pintar untuk pelancong dengan menjawab pelbagai soalan yang diajukan padanya. Robot ini mempunyai kebolehan memahami dan bertutur di dalam Bahasa Inggeris, Cina, Jepun dan Korea.

Dengan mengimbas tiket penumpang, robot ini boleh memberikan maklumat terperinci mengenai masa masuk, lokasi pintu dan juga ramalan cuaca destinasi pelancong. Airport Guide Robot juga mampu menawarkan tunjuk arah di dalam lapangan terbang bersama-sama dengan anggaran jarak dan masa berjalan di samping boleh mengiringi pelancong yang sesat dan mahukan bantuan.

3Bersama-sama Airport Guide Robot, LG juga memperkenalkan Airport Cleaning Robot yang dilengkapi penyedut hampagas berkelas industri yang mampu membersihkan pelbagai jenis permukaan seperti jubin dan karpet. Robot ini juga dilengkapi sensor pintar dan kamera untuk memastikan keselamatan dan mengoptimumkan operasi robot ini. Pelbagai sensor dipasang pada komputer ini, antaranya pengesanan cahaya dan jarak (LIDAR), bumper sensitif yang mengesan halangan badan juga sensor peka lokasi, di samping itu robot ini juga dilengkapi teknologi pemetaan (SLAM).

You might also like