
Sempena sambutan Hari Malaysia bermula 16 September 2018, penduduk dan pemilik perniagaan di negeri Sabah kini boleh menikmati tawaran yang lebih baik untuk Internet Fiber Celcom Home Fibre dan Celcom Business Fibre. Kedua-dua pelan ini telah ditambahbaik untuk memberikan lebih daripada dua kali ganda kelajuan sehingga 100Mbps pada potongan harga sebanyak 50%.
Pelan Celcom Home Fibre baharu menawarkan Internet fiber tanpa had bagi kelajuan 100Mbps pada harga RM120/bulan, manakala kelajuan 40Mbps pada harga RM80/bulan, pelan ini turut menyediakan penghala tanpa wayar dan pemasangan secara percuma.
Bagi pemilik perniagaan pula, Celcom Business Fibre Gold Supreme menawarkan internet fiber berkelajuan sehingga 100Mbps pada harga RM130/bulan, manakala Celcom Business Fibre Gold menawarkan kelajuan sehingga 40Mbps pada harga RM90/bulan bersama penghala tanpa wayar, telefon dect serta pemasangan secara percuma.
Kesemua pelanggan Celcom Home Fibre dan Celcom Business Fibre yang sedia ada akan dinaiktaraf kepada 100Mbps secara berperingkat sehingga akhir September 2018. Maklumat lanjut boleh layari laman rasmi Celcom, hubungi Perunding Khidmat Pelanggan di talian 1-300-11-3282, atau lawati Celcom bluecube berdekatan.