HTC Desire 10 Pro & Desire 10 Lifestyle Rasmi Diperkenalkan!

1509
- Iklan -

htc-desire-10-PRO-KSP-camera-3Masih ingat ketirisan gambar HTC Desire 10 Pro? HTC dengan rasminya memperkenalkan dua peranti baru di bawah keluarga HTC Desire, dikenali sebagai Desire 10 Pro dan juga Desire 10 Lifestyle. Seperti yang sedia maklum, peranti yang hadir dalam siri ‘Desire’ adalah peranti berspesifikasi pertengahan, tetapi kedua-dua peranti ini menampilkan rekaan premium mirip HTC 10.

Buy-Now-Normal-1HTC Desire 10 Pro menawarkan spesifikasi yang boleh dibanggakan, iaitu hadir dengan skrin berukuran 5.5 inci dengan resolusi 1920×1080 piksel. Dikuasakan oleh pemproses MediaTek Helio P10 Octa Core, ia diserikan dengan memori dalaman 64GB, 4GB RAM.

htc-desire-10-PRO-KSP-Features-1Dari segi penggambaran pula, smartphone ini menyediakan lensa utama 20 Megapiksel dengan auto fokus laser, manakala lensa depan beresolusi 13 Megapiksel juga boleh membuat rakaman video HD penuh. Lebih istimewa lagi, Desire 10 Pro turut hadir dengan sokongan pengimbas cap jari.

htc-desire-10-PRO-PDP-Desktop-Selfie-3HTC Desire 10 Lifestyle pula menawarkan spesifikasi lebih rendah berbanding Desire 10 Pro. Walaupun masih mengekalkan paparan skrin yang sama, resolusi skrinnya telah direndahkan kepada 1280×720 piksel. Sesuai untuk mereka yang gemar berhibur, smartphone ini menyokong pemproses Snapdragon 400, Quad Core berkelajuan 1.6GHz, ia turut dilengkapi memori dalaman berkapasiti 32GB dengan 3GB RAM.

htc-desire-10-KSP-Control-01Penggambaran smartphone ini juga berbeza, di mana kamera utama beresolusi 13 Megapiksel dan kamera hadapan pula 5 Megapiksel. Menyokong bateri Li-Ion 2700mAh berbanding 3000mAh pada Desire 10 Pro, agak mengecewakan kerana peranti ini tidak menyokong teknologi pengimbas cap jari sepertimana Desire 10 Pro.