iMaschine 2, Kelengkapan Studio Virtual Bagi Cipta Lagu

1-iconCipta lagu anda menerusi aplikasi iMaschine 2 yang dilengkapi kelengkapan studio virtual. Gunakan 16 pad khas yang disediakan di dalam aplikasi untuk menghasilkan beat bagi lagu anda, kemudian gunakan Smart Play Keyboard bagi menambah melodi dan “isi” kepada lagu tersebut. Kemudian, kayakan lagi lagu anda dengan menambah vokal melalui rakaman terus dari dalam aplikasi ataupun gunakan sampel audio yang boleh diambil dari iTunes.

editAplikasi ini dioptimasikan untuk peranti iPhone dengan fungsi 3D Touch, ia memudahkan anda mengakses menu tertentu, namun jangan risau sekiranya anda tidak mempunyai fungsi 3D Touch, masih tiada masalah untuk menggunakan aplikasi ini.

Muat Turun:

 

 

You might also like