Fujitsu UH-X (10th Gen) Kini Hadir Bagi Pasaran Tempatan – Dijual Pada Harga Bermula Dari RM4199!!

235

Fujitsu Client Computing Limited (FCCL) kini telah melancarkan peranti terbaharu yang dikenali sebagai Fujitsu UH-X (10th Gen) bagi pasaran tempatan.

Peranti ini hadir dengan skrin 13.3″ FHD Anti Glare Display dengan berat hanya 778g sahaja. Peranti ini dlengkapi dengan sehingga pemproses Intel Core i7.

Turut dihadirkan dengan memori sehingga 16GB LPPDR3-2133 dan hadir dengan storan SSD PCle sehingga 1TB. Dari aspek kampasiti bateri pula, ia dihadirkan dengan 25Wh.

Dalam pada itu, pernati ini turut dihadirkan dengan WiFi 6 dan Bluetooth 5.0 Hadir dalam 2 varian warna iaitu Hitam dan putih.

Fujitsu UH-X akan tersedia di GLOO dan Thunder Match Technology (TMT) bermula dari 28 September 2020, pada harga bermula dari RM4,199.