
Photofy, Memilih & Menjadualkan Kandungan Yang Ingin Dikongsi
Ini satu aplikasi wajib muat turun bagi mereka yang aktif di media sosial. Photofy membolehkan anda memilih dan menjadualkan kandungan yang anda ingin kongsi di media sosial. Selepas anda memilih gambar yang anda mahu muat naik, masukkan caption dan pilih masa dan tarikh muat naik yang anda mahu.
Selain dari fungsi tersebut, Photofy juga hadir dengan fungsi repost gambar Instagram terus dari dalam aplikasi. Fungsi-fungsi yang ditawarkan aplikasi ini akan mengayakan lagi penggunaan media sosial anda.