MacBooK Paling Murah! Wajib Dapatkan!

Kedudukan Apple Pencil ketika dicas
Kedudukan Apple Pencil ketika dicas

Apple memang satu-satunya syarikat paling berani pada pendapat editor. Lihat saja pada keputusan mereka untuk membuang audio jack, cara pengecasan Apple Pencil dan juga pilihan kemasan Jet Black pada iPhone 7 dan 7 Plus. Mana ada syarikat seberani mereka, syarikat lain berani tiru je. Keberanian mereka sekali lagi ditunjukkan melalui produk terbaru, sebuah MacBook pada harga USD 300, jauh lebih murah dari mana-mana MacBook.

Memperkenalkan MacBook Dari Apple

3 4

Produk terbaru dari Apple adalah sebuah buku produk “Designed by Apple in California” yang mempunyai reka bentuk yang sungguh anggun dan elegan. Segi empat dengan kemasan berkualiti tinggi di bucunya jelas menunjukkan kelas dan kualiti tinggi buku ini. Pada setiap helaian buku ini, gambar-gambar produk Apple semenjak 20 tahun dahulu dicetak menggunakan dakwat unik, ditambah pula dengan kualiti kertas yang bukan calang-calang, hasilnya memang mengagumkan. Memang patut harganya mencecah USD299 (kira-kira RM1,310).

5 6

Namun sayangnya buku yang mengambil masa 20 tahun untuk dibuat ini tidak akan dijual di Malaysia. Maka berlopong mulutlah para peminat tegar Apple di negara ini, tetapi jika ada usaha dan wang lebih (tambah sikit je pun), bolehlah tempah dari pihak ketiga di luar negara, kerana buku ini hanya dijual di Australia, France, Germany, Hong Kong, Japan, Korea, Taiwan, UK dan US. Sedihh…

HyperFocal: 0

You might also like