
Shake-it Alarm, Pastikan Anda Bangun Apabila Tiba Waktunya
Ini khas bagi mereka yang selalu terlajak tidur! Apa kata anda muat turun aplikasi jam penggera Shake-it-Alarm. Bagi memastikan anda bangun apabila sudah tiba waktunya, aplikasi ini akan mengeluarkan bunyi penggera dan terdapat satu cara sahaja untuk menyah aktifkan penggera tersebut, anda perlu menggoncang smartphone anda sehingga bunyi dipadamkan, dengan cara ini anda tidak akan lagi menekan butang snooze.
Selain mod goncang, anda juga boleh memilih mod jeritan yang akan membangunkan anda dengan bunyi jeritan dan juga mod sentuhan yang memerlukan anda tap skrin smartphone anda dengan pantas bagi menyah aktifkan penggera.
Muat Turun: