
Sharp Ingin Mengeluarkan Telefon Pintar Tanpa Bingkai
Rekaan smartphone tanpa butang hadapan kini menjadi ikutan kepada pengeluar-pengeluar telefon pitar dunia. Jadi, Sharp juga tidak ketinggalan untuk melancarkan beberapa model baru yang menggunakan paparan sesentuh sepenuhnya di bahagian depan pada 17 Julai depan.
Sebelum itu, gambar peranti tersebut telah tersebar meluas di arena sesawang yang kelihatan mirip seperti PH-1 milik Andy Rubin. Menurut Sharp, produk mereka mempunyai sedikit perbezaan tetapi masih mengekalkan potongan kamera depan di bahagian tengah atas. Sistem keselamatan seperti pengimbas cap jari sudah semestinya akan diletakkan di panel belakang memandangkan panel depan diberi perhatian penuh kepada paparan.
Baca juga: Reviu Eksklusif: SHARP M1, Khas Buat Kaki Swafoto
Peranti hampir tiada bingkai oleh Sharp ini dikhabarkan mungkin memegang kod model sementara FS8010 dan FS8016, masing-masing akan dibekalkan set cip Snapdragon 830 dan Snapdragon 660. Kedua-dua model akan dimuatkan dengan paparan 5.5 inci 2048 x 1080, kamera utama 12 Megapiksel serta 8 Megapiksel kamera depan. Memori pula disediakan dengan RAM 4GB atau 6GB bersama storan dalaman 64GB termasuk perisian OS menerima Android 7.1.1 Nougat setiap satu.