Reviu Eksklusif: SHARP M1, Khas Buat Kaki Swafoto

sharp-m1HARGA: RM 899

SHARP telah melancarkan dua model terbarunya iaitu Z1 dan M1 di pasaran tempatan pada November lalu. Selain SHARP Z1, kelompok pengguna yang menginginkan ‘senjata’ selfie boleh pilih SHARP M1 yang dilengkapi kamera hadapan beresolusi 13 Megapiksel dengan 77 darjah tangkapan wide-angle. Spesifikasi itu sahaja sudah cukup untuk memancing penggemar selfie untuk mencuba peranti ini. Walaupun dikhaskan untuk penggemar selfie, ianya masih hebat dengan memori dalaman 64GB serta RAM 3GB. Nak tahu apa yang menariknya? Baca ulasan kami…

SPESIFIKASI

  • Sistem Operasi: Android 6.0 Marshmallow
  • Cipset: MediaTek MT6753
  • CPU: Octa Core 1.3GHz
  • Kad SIM: Dual SIM / NanoSIM
  • Kamera Utama: 13 Megapiksel
  • Flash: LED Flash
  • Auto Fokus:
  • Kamera Depan: 13 Megapiksel
  • Bluetooth: v4.1
  • WiFi: 802.11 b/g/n
  • Memori: 64GB ROM, 3GB RAM
  • Kad microSD: Sehingga 64GB
  • Bateri: 2600mAh

 

APA YANG COOL?!

Rekaan Premium
caption-1
Rekaan melengkung 2.5D

Istimewanya SHARP M1, ia menawarkan rekaan anggun dan moden yang kelihatan premium walaupun hadir dalam kategori kelas pertengahan. Menampilkan paparan skrin berukuran 5.5 inci dengan teknologi HD IPS LCD, SHARP M1 juga hadir dengan rekaan melengkung 2.5D menggunakan teknologi dari Jepun. Malah smartphone ini juga ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu putih serta merah jambu.

1 Bahagian atas smartphone menempatkan 3.5mm audio jack & mikrofon

Bahagian bawah smartphone tersedia lubang speaker, mikrofon serta port micro USB

Sisi kiri smartphone tersedia butang volumn

Slot kad SIM dan butang power terletak di sisi kanan smartphone

 

Storan Besar

1Walaupun memfokuskan untuk penggambaran selfie, peranti ini masih berbaloi untuk dimiliki bagi mereka yang bukan penggemar selfie kerana ianya telah menyediakan spesifikasi yang hebat! Apa yang menariknya M1, ia menyokong memori RAM 3GB dengan memori dalaman sebesar 64GB pada harga serendah RM 899. Jadi, tidak menjadi masalah kepada mereka yang gemar bermain permainan HD di dalam peranti ini.

 

Penggambaran Selfie
1
Kamera depan                                                        Kamera Utama                                 Mod Penggambaran Utama

Kelebihan yang dimiliki oleh SHARP M1 pastinya kehadiran lensa penggambaran kedua-duanya yang beresolusi 13 Megapiksel. Kamera utama telah dilengkapi dengan sokongan LED flash serta 80 darjah wide-angle, manakala kamera hadapan pula menawarkan 77 darjah tangkapan wide-angle, yang sememangnya sesuai untuk penggambaran berkumpulan.

Pilihan Mod

Kamera Utama

  • Normal
  • Panorama
  • HDR (Rich tone)

Kamera Depan

  • Normal
  • Beauty

 

Kualiti Bunyi
pic-1
Perbandingan kualiti audio dengan smartphone lain

Selain penggambaran, sokongan kualiti audio pada SHARP M1 agak memuaskan. Ini kerana, ianya telah dilengkapi bersama dua stereo amplifier yang mampu menghasilkan bunyi audio kedengaran lebih jelas dan sempurna. Malah mengikut ujian yang dijalankan oleh pakar SHARP, M1 mampu menghasilkan audio yang lebih berkualiti berbanding beberapa smartphone yang ada di pasaran.

 

Ujian Benchmark

SHARP M1 dikuasakan oleh MediaTek MT6753 yang dilancarkan bersama pemproses Octa Core 1.3GHz serta GPU ARM Mali-T720, digandingkan dengan Wiko U Feel Prime yang menawarkan harga sama iaitu RM 899, nak tahu keputusannya? Lihat ujian benchmark yang disediakan!

1
AnTuTu 6             GeekBench 4         Basemark OS II
2
Basemark X
:: Rumusan ::
Wahhhh...dua daripada empat ujian yang dijalankan dimenangi oleh M1, 
walaupun SHARP M1 hanya dibekalkan dengan pemproses Octa Core berkelajuan 
1.3GHz berbanding sokongan Octa Core 1.4GHz pada Wiko U Feel Prime. Ujian 
benchmark GeekBench 4 serta Basemark OS II telah dimenangi oleh SHARP M1, 
manakala Wiko U Feel Prime pula memenangi ujian Antutu 6 serta Basemark X. 
Namun, kedua-dua peranti ini masih berbaloi untuk dimiliki dengan harga 
yang ditawarkan!

PILIHAN MODEL ALTERNATIF

model-alternatifSekiranya anda sedang mencari sebuah smartphone kelas pertengahan khas untuk penggambaran selfie, jangan ragu-ragu untuk meletakkan model SHARP M1 dalam pilihan anda. Menawarkan harga yang berpatutan serta mempertaruhkan penggambaran khas untuk penggambaran selfie, kami akan membandingkan peranti ini dengan dua lagi pesaing yang dijual pada harga yang setanding iaitu Samsung Galaxy J5 Prime dan juga Wiko U Feel Prime.

spec

HASIL GAMBAR

selfie
Selfie
senja
Senja

 

KOMEN EDITOR

Jika anda sedang mencari sebuah smartphone yang memfokuskan untuk penggambaran selfie dengan harga berpatutan, SHARP M1 boleh dipertimbangkan. Selain dibekalkan dengan penggambaran utama dan selfie beresolusi 13 Megapiksel, kamera utama telah dilengkapi dengan sokongan LED flash serta 80 darjah wide-angle, manakala kamera hadapan pula menawarkan 77 darjah tangkapan wide-angle yang sememangnya sesuai untuk penggambaran beramai-ramai.
Walaupun memfokuskan untuk gemar berselfie, jangan memandang rendah terhadap spesifikasi yang dipertaruhkan pada peranti ini kerana ia turut menampilkan kerangka logam yang premium dan nipis dengan ketebalan hanya 7.6mm, ia menawarkan spesifikasi yang berbaloi dengan harga yang ditawarkan.
You might also like