Grab Beri Subsidi Kepada Pemandu, Bantu Kurangkan Kos Sara Hidup

987
- Iklan -

Seperti yang kita ketahui, proses pengawalan e-hailing diwar-warkan pada April 2019 dan akan berkuatkuasa pada Julai ini, dan banyak suara-suara keresahan daripada pemandu yang mencari nafkah menggunakan e-hailing.

Justeru Grab mengambil inisiatif membantu pemandunya dalam program ‘Berat Pikul Bersama’.

Berikut adalah cara yang boleh dilakukan bagi memudahkan proses berkenaan:

Proses pemetaan: Bagi tujuan kejelasan yang lebih dan mengelakkan kekeliruan, pihak Grab telah memetakan aliran proses pengawalseliaan dalam 5 langkah mudah untuk diikuti oleh pemandu.
Subsidi perubatan: Grab mempunyai kerjasama dengan banyak klinik diseluruh negara bagi mengurangkan kos pemeriksaan kesihatan sehingga RM20. Tambahan pula Grab akan membayar balik kos pemeriksaan kesihatan tersebut tidak kira dimana klinik yang pemandu pergi.
Subsidi latihan PSV: Pemandu akan disediakan dengan subsidi RM50 bagi latihan PSV dan Grab masih terus mencari rakan perkongsian dengan pusat memandu bagi mengurangkan kos latihan pemandu.
Subsidi Pemeriksaan Kereta: Grab akan memberi subsidi sebanyak RM70 bagi kos pemeriksaan kenderaan yang berusia 3 tahun ke atas.

Ini hanya permulaan perancangan dalam membantu pemandu Grab. Sungguhpun terdapat cabaran mendatang, pihak Grab akan sentiasa berusaha membantu pemandunya untuk terus meneruskan kelangsungan hidup dan mengurangkan kos sara hidup.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh klik di sini.

________________________

Baca juga: