Grab Perkenal 3 Perkhidmatan Baru, Penuhi Keperluan & Kehendak Jutaan Pengguna

Grab kini hadir dengan penambahan tiga lagi perkhidmatan baru iaitu tempahan tiket, tempahan hotel dan perancang perjalanan (Trip Planner) dalam usaha memenuhi keperluan serta kehendak jutaan pengguna. Perkhidmatan baru ini akan dilancarkan di Malaysia bermula hari ini dan tersedia untuk semua pengguna menjelang Jun kelak.

 

1) Perancang Perjalanan (Trip Planner)

Membolehkan pengguna merancang perjalanan dengan maklumat pengangkutan awam masa sebenar termasuklah pelepasan dan ketibaan. Melaluinya, pengguna akan menerima arahan atau cadangan pilihan pengangkutan yang membolehkan mereka menempah dengan segera. Perkhidmatan ini juga membolehkan pengguna merancang perjalanan mereka dengan lebih baik.

2) Tempahan Hotel : Tempah Hotel Dengan Tawaran Istimewa

Dengan perkhidmatan ini, pengguna boleh menempah hotel dan penginapan secara terus daripada aplikasi Grab. Bukan itu sahaja, pengguna juga boleh membuat carian hotel dengan perbandingan harga yang luas. Perkhidmatan ini akan tersedia untuk pengguna pada Mei kelak.

Lebih menarik, pengguna Grab Platinum, Gold dan Silver boleh menebus baucar dengan potongan sehingga RM30 hotel ditempah melalui Agoda dengan perbelanjaan sekurang-kurangnya RM300. Pengguna Grab Platinum juga boleh mendapat akses kepada program Genius Booking.com dan menikmati 10% diskaun serta banyak lagi faedah lain.

 

3) Tempahan Tiket : Cara Lebih Cepat Untuk Beli Tiket

Perkhidmatan ini bakal dilancarkan menjelang bulan Mei kelak dengan kerjasama BookMyShow. Ia bakal memudahkan pengguna membeli atau mendapatkan tiket wayang atau sebarang acara lain dengan cara yang lebih cepat serta mudah (secara atas talian).

Muat turun aplikasi Grab secara percuma menerusi :

You might also like