Siri HONOR 20 Diramal Hadir Dengan 50X Zoom Hibrid Pada Harga Mampu Milik?!

Sedia maklum, HONOR bakal memperkenalkan peranti perdana barunya iaitu siri HONOR 20 dalam sebuah acara pelancaran yang dijadualkan berlangsung di London pada 21 Mei 2019. Rumors menjangka HONOR bakal memperkenalkan sekurang-kurangnya dua model – HONOR 20 dan HONOR 20 Pro. Namun siapa tahu, mungkin kita bakal melihat lebih lagi?

HONOR pernah mengusik orang ramai dengan sebuah poster yang disertakan butiran menarik – Jambatan London dengan efek ‘luar biasa’ dan penggambaran pada pencahayaan rendah bersama hashtag #CaptureWonder. Ekoran itu, ramai mula berspekulasi HONOR mungkin mengutamakan pada aspek keupayaan kamera untuk siri HONOR 20. Khabar angin juga mengatakan siri ini bakal hadir dengan sokongan zoom hibrid sehingga 50X pada harga mampu milik. Wowww!

Sebelum ini imej bocor mengenai HONOR 20 Pro muncul di media sosial. Memetik imej tersebar, HONOR 20 Pro dijangka tampil dengan persediaan quad kamera + LED Flash pada panel belakang yang kelihatan hampir sama dengan HUAWEI P30 Pro.

Salah satu daripada kanta dilihat berbentuk persegi yang berkemungkinan sensor periscope dan dijangka terdapat juga lensa ToF 3D. Kamera utama HONOR 20 Pro dikatakan mungkin menggunakan sensor sony IMX600.

Kemudian muncul pula berita ketirisan mendedahkan kamera utama siri HONOR 20 dijangka mempunyai keupayaan kamera yang baik seperti HUAWEI P30 Pro. HONOR 20 dijangka dilengkapi lensa 48MP Sony IMX586 – menggunakan RRYB dan bukannya RGGB biasa. Manakala, HONOR 20 Pro pula dikatakan mempunyai sensor Sony IMX600 tetapi dengan penapis RGGB biasa.

Nampaknya ia tidak terhenti disitu sahaja. Terbaru, HONOR muncul pula dengan perkhabaran memaklumkan bahawa siri HONOR 20 juga bakal muncul dengan edisi terhad khas Moschino. Menariknya edisi kali ini, ia juga akan disertakan dengan kantung telefon yang direka khas oleh Moschino.

Memetik beberapa imej yang dikongsi jelas menunjukkan kantung telefon tersebut dijangka hadir dengan warna cukup menarik iaitu merah. Selain itu, ia turut disertakan dengan kemasan tali beg yang diperbuat daripada rantai besi pastinya menambah lagi seri kantung telefon tersebut.

Apakah kejutan yang sedang dirancang oleh HONOR? Seperti biasa, maklumat tertiris masih lagi ‘rumors’ semata-mata. Untuk ketahui sama ada benar atau tidak, sama-sama kita tunggu kemunculan rasminya kelak!

Oh ya, HONOR kini sedang mencari dua orang yang bertuah untuk sama-sama menyertai HONOR ke London sebagai HONOR Chief Fashion Officer pada acara pelancaran siri HONOR 20 kelak. Peraduan bemula HARI INI – 5 Mei 2019.

Cara Sertai:

  • Langkah 1: Kongsi gambar ATAU video yang menggambarkan fesyen pada mata anda berserta hashtag : #HONORCFO dan #CaptureWonder di bahagian komen pada PAUTAN INI
  • Langkah 2: Pada kotak komen yang sama, berikan juga 3 sebab mengapa HONOR harus memilikh anda sebagai pemenang. Good Luck!

**Advertorial daripada HONOR Malaysia

 

You might also like