
Malaysia yang baharu hari ini telah melaksanakan kadar sifar GST kepada semua rakyat Malaysia termasuk pembeli dan juga penjual. Oleh itu ada juga yang sudah menawarkan barangan tanpa GST sebelum tarikh dikuatkuasakan dan ada juga yang menunggu sehingga ke hari ini, 1 Jun 2018.
Jika sebelum ini produk-produk Apple di kedai fizikal seperti Machines, Switch, Thunder, dan IT World dengan angkuhnya tetapkan harga pada paras tertinggi. Hari ini kami dapat melihat harga produk Apple di kedai mereka telah diturunkan serta merta.

Jadi, di bawah adalah senarai harga produk Apple khususnya iPhone bermula 1 Jun 2018:
- iPhone SE (32GB) – RM1,650 (asal RM1,749)
- iPhone SE (64GB) – RM2,121 (asal RM2,249)
- iPhone 6 (32GB) – RM1,225 (asal RM1,299)
- iPhone 6s (32GB) – RM2,121 (asal RM2,249)
- iPhone 6s (128GB) – RM2,593 (asal RM2,749)
- iPhone 6s Plus (32GB) – RM1,980 (RM2,099)
- iPhone 7 (32GB) – RM2,593 (asal RM2,749)
- iPhone 7 (128GB) – RM3,065 (asal RM3,249)
- iPhone 7 Plus (32GB) – RM3,159 (asal RM3,349)
- iPhone 7 Plus (128GB) – RM3,631 (asal RM3,849)
- iPhone 8 (64GB) – RM3,442 (asal RM3,649)
- iPhone 8 (256GB) – RM4,150 (asal RM4,399)
- iPhone 8 Plus (64GB) – RM3,914 (asal RM4,149)
- iPhone 8 Plus (256GB) – RM4,621 (asal RM4,899)
- iPhone X (64GB) – RM4,857 (asal RM5,149)
- iPhone X (256GB) – RM5,565 (asal RM5,899)
Melalui kiraan kami, harga yang dikemas kini ini sebenarnya tidak sampai 6% yang patut ditolak. Seperti iPhone X, harganya telah digenapkan kepada RM5,565 yang sepatutnya pada harga RM5,545. Persoalannya adakah ada cas yang tersembunyi yang sepatutnya pelanggan kena tahu atau wakil penjual sah ini sengaja mengaut keuntungan?
Okay, jika anda seorang yang tidak kisah walaupun harganya telah diturunkan, perlu ingat ada juga golongan yang masih tidak mampu dan mereka lebih gemar membeli telefon dengan harga lebih mampu milik. Apa-apapun tepuk dada, tanya selera.

