
[Ura-Ura] : Bocor Lagi! HONOR 9X Dijangka Sokong Skrin AMOLED & Binaan Kamera Pop Up
Semakin hari makin banyak kita disajikan dengan berita ketirisan mengenai pendatang baru HONOR iaitu HONOR 9X. Kini, maklumat tertiris mendedahkan peranti ini dijangka membawakan sokongan skrin AMOLED bersama binaan kamera pop-up.
Memetik maklumat tersebar, HONOR 9X dijangka membawakan skrin bersaiz 6.15″ AMOLED dengan resolusi FHD+. Paparan ini didakwa lebih kecil berbanding pendahulunya, HONOR 8X. Namun, apa yang lebih teruja, model kali ini dikatakan beralih kepada sokongan skrin AMOLED.
https://twitter.com/Sudhanshu1414/status/1145998404985581568?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1145998404985581568&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.gizmochina.com%2F2019%2F07%2F03%2Fnew-leaks-reveals-honor-9x-will-have-a-pop-up-camera-amoled-display-and-more%2F
Selain itu, HONOR 9X juga dijangka membawakan dwi kamera utama : 20MP + 16MP dan kamera selfie sebesar 20MP. Ia juga didakwa menyertakan sokongan pengecasan 10W (USB-C). Kebocoran sebelum ini mendedahkan HONOR 9X bakal menggunakan cip kirin 810 (7nm) sebagai tunjang utama.
Kemudian, terdapat imej tersebar mendedahkan HONOR 9X didakwa menyertakan binaan kamera pop-up. Memetik imej bocor, ia mempunyai paparan hadapan hampir penuh – namun dagu kelihatan sedikit tebal.
Bahagian belakang telefon terlihat sokongan dua kamera utama disusun secara menegak pada bahagian kiri peranti – LED Flash dijangka diletakkan dalam ‘rumah’ yang sama dengan lensa.
Selain itu, kelibat kotak pembungkus HONOR 9X juga kini bocor di media sosial – warna biru pada sisi manakala kotak utama pula bewarna putih. Pada kotak tersebut juga terdapat tulisan memperlihatkan model peranti – HONOR 9X dengan tulisan warna seperti pelangi.
#Honor9X pic.twitter.com/nek8GQGm9J
— Teme (特米)|🇫🇮🇨🇳 (@RODENT950) July 2, 2019
Seperti biasa, maklumat tertiris masih lagi rumors dan belum diketahui mengenai kesahihannya. HONOR 9X dijadualkan diperkenalkan kepada umum pada 23 Julai depan. Mungkin kita bakal mendengar lebih banyak maklumat tertiris menjelang pelancaran? Kekal bersama eRing untuk info terkini!
[SUMBER]