
Tiada Lagi XBOX360!
Jika anda salah seorang pemilik Xbox 360, konsol permainan anda bakal menjadi sesuatu yang bersejarah tidak lama lagi kerana Microsoft telah pun mengumumkan bahawa mereka tidak akan lagi menghasilkan konsol permainan tersebut .
Pengumuman tersebut dilakukan oleh Phil Spencer (Ketua Divisyen Xbox) melalui satu laman blog rasmi, menurut beliau lagi stok sedia ada Xbox 360 masih akan dijual dan unit jualan bergantung pada stok semasa konsol tersebut di setiap negara. Tambah beliau lagi, Microsoft mempunyai kenangan dan reputasi yang cukup cemerlang dengan Xbox 360, namun teknologi semakin maju ke hadapan memaksa mereka merancang dan merangka semula konsol permainan mereka.
Untuk pengetahuan anda, Xbox 360 mula dijual pada tahun 2005 bagi menggantikan konsol asal Xbox. Pada tahun 2013 Microsoft memperkenalkan pula Xbox One sebagai konsol utama.

