Caterpillar S60 : Kamera Infra Merah Pada Smartphone

Caterpillah-S60-FLIR-2

Anda pastinya pernah melihat jenama Caterpillar yang sinonim dengan jentera industri pembinaan dan beberapa produk tahan lasak seperti jam tangan dan beg galas. Caterpillar juga sudah mula menjual peranti smartphone yang disasarkan kepada individu yang bekerja di bawah kondisi yang kasar, oleh kerana itu peranti mereka antara yang mempunya kelas tahan lasak terbaik di dunia. Kini Caterpillar meningkatkan lagi penanda aras dalam penghasilan fungsi smartphone tahan lasak dengan memperkenalkan Catrepillar S60 yang mempunyai kamera infra merah siap terbina di dalam peranti.

S60 mempunyai paparan skrin 7 inci, dikuasakan Snapdragon 617, 3 GB RAM dan 32 GB ROM. Untuk kuasa optikal pula S60 hadir dengan kamera utama 13 megapiksel dan kamera hadapan 5 megapiksel. Namun highlight utama S60 adalah pada kamera infra merahnya yang dihasilkan oleh FLIR. Kamera infra merah tersebut mampu mengesan haba dari jarak 100 kaki. Antara ciri dan fungsi menarik yang lain adalah peranti ini kalis air dan mampu beroperasi pada kedalam 5 meter selama sejam dan mampu menahan impak jatuhan setinggi 1.8 meter. S60 dijual pada harga USD 599 (RM 2510).

You might also like