Microsoft Hentikan Kemas Kini Windows Phone 8.1

Ramai pengguna kini lebih terarah untuk menggunakan platfom Android dan iOS, yang dahulunya pernah menggunakan Windows Phone kini tidak lagi. Apa yang boleh dikatakan, platform Windows Phone di telefon pintar tidak banyak yang menyokong aplikasi pihak ketiga. Sekaligus menjadikan jenama ini “hidup segan mati tak mahu”.

Bermula hari ini, pihak pembangun Windows tidak akan mengeluarkan lagi sebarang kemas kini berkaitan Windows Phone 8.1 secara global. Tambah lagi, dalam beberapa tahun akan datang kemungkinan Windows 10 juga akan mengikut jejak langkah abangnya.

Oleh kerana lambakan jenama terutamanya dari China yang menawarkan peranti pada harga jauh lebih rendah serta kebolehan untuk melakukan pelbagai tugas, Windows Phone tidak lagi dihiraukan dan diketepikan dari carta pilihan. Selain, setelah hampir dua tahun Windows tidak mengeluarkan sebarang telefon pintar baru, perjalanan Windows Phone mungkin akan terhenti.

You might also like