Kepada Peminat honor 10, Kini Boleh Mendapatkan honor 10 Edisi Phantom Green!

Selain pelancaran honor 7A, honor Malaysia juga tidak ketinggalan memperkenalkan honor 10 edisi Phantom Green yang ditawarkan pada harga RM1,599. Ia dijual secara eksklusif di Shopee Malaysia pada 8 Jun 2018. Malah setiap pembelian honor 10 edisi Phantom Green didatangkan sekali bersama hadiah percuma bernilai RM298, sementara stok masih ada.

honor 10 menampilkan skrin bersaiz 5.84 inci IPS LCD FHD+ beresolusi 2280 x 1080 piksel membawakan paparan bertakuk di atas. Ruang dalaman dikuasakan Kirin 970 diiikuti memori RAM sebesar 4GB dan storan seluas 128GB tanpa sokongan kad microSD.

Dari segi penggambaran pula, peranti ini menyediakan dwi-kamera di bahagian belakang yang menggabungkan sensor 16 Megapiksel f/1.8 dan 24 Megapiksel serta bantuan aperture serendah f/0.85 melalui perisian kamera. Kamera swafoto lebih mengangumkan dengan lensa 24 Megapiksel yang menyokong ciri Potrait Lighthing.

You might also like