
Kemas Kini OxygenOS 4.0.3 Sudah Keluar
OnePlus telah melancarkan kemas kini OxygenOS untuk OnePlus 3 dan OnePlus 3T, kemas kini susulan kepada Android Nougat yang dilancarkan Disember lalu ini membawakan pelbagai tambah baik yang kami senaraikan di bawah artikel ini.
Nombor versi untuk kemas kini OTA terbaru ini ialah 4.0.3.
- Sokongan tetapan Wi-Fi IPv6
- Tambah baik fungsi Smart Wi-Fi Switcher
- Kestabilan talian
- Peningkatan kestabilan aplikasi kamera
- Peningkatan kualiti exposure apabila mengambil foto di kawasan gelap atau pada waktu malam
- Tambah baik parameter audio dan meningkatkan kualiti rakaman audio
- Kemas kini tetapan APN bagi beberapa pembekal perkhidmatan
- Aplikasi Amazon Prime App siap pra-pasang bagi pengguna di India

