
Sah! Apple Telah Membeli Aplikasi Shazam
Beberapa hari ini kedengaran berita mengenai pengambil alihan aplikasi Shazam oleh syarikat Apple, dan kini ia telahpun disahkan oleh Apple sendiri. Pengambil alihan ini dianggarkan bernilai USD400 juta sepertimana yang dilaporkan oleh laman TechCrunch sebelum ini. Namun, pihak Apple tidak mendedahkan berapa jumlah sebenar pembelian yang telah dibuat.
Shazam merupakan aplikasi pengecaman muzik yang membolehkan anda memainkan lagu dan aplikasi ini akan mencari tajuk serta penyanyi lagu yang sedang dimainkan. Selain diintegrasikan dengan sokongan Siri, ia dapat mengoptimumkan pengunaannya pada iOS.
Difahamkan juga Apple turut berminat dengan teknologi Augmented Reality (AR) kepunyaan Shazam dan proses ambil alih ini dijangka akan selesai beberapa minggu lagi.

