LEAGOO S9 Mirip Telefon Pintar Dari Pengeluar Terkenal?

Siapa tidak kenal dengan pengeluar dari China, LEAGOO yang sebelum ini pernah membawa masuk telefon pintar mampu milik ke pasaran tempatan. Terbaru, LEAGOO telah memperkenalkan model terbarunya yang dikatakan mirip seperti model dari pengeluar popular dengan harga yang jauh lebih murah.

Spesifikasi yang dibekalkan kepada LEAGOO S9 bukanlah sebarangan kerana ia menyokong pemproses MediaTek P40 yang diserikan bersama RAM 6GB serta ruangan storan 128GB. Bukan itu sahaja, LEAGOO juga tidak mahu ketinggalan dengan trend paparan skrin penuh apabila menampilkan skrin penuh berukuran 5.85 inci HD AMOLED.

Pada panel belakang pula menempatkan dwi kamera dengan sensor 16 Megapiksel + 16 Megapiksel serta sokongan pengimbas cap jari. Di bahagian bawah juga terdapat tulisan LEAGOO.

LEAGOO mungkin memfokuskan S9 kepada mereka yang tidak mahu berbelanja tinggi, tetapi dalam masa yang sama inginkan sebuah telefon pintar seperti iPhone X. Buat masa ini masih belum diketahui bilakah LEAGOO S9 akan dilancarkan secara rasmi.

Sumber : Theverge

You might also like